Wednesday, March 19, 2008

Bahana Cinta Terlarang


Salah faham mengenai pengertian cinta berpunca daripada kurangnya pemahaman dan kasih sayang.Bagaimana membendungnya?
SETIAP insan yang dilahirkan di dunia ini tidak pernah terlepas merasai kenikmatan, kehebatan dan kedukaan akibat cinta. Cinta yang tidak mengenal rupa atau darjat menimbulkan perasaan sayang dan rindu dalam hati seseorang.
Jika bijak mengawal dan mengatasi kuasa cinta, maka ia akan menyelamatkan pasangan yang bercinta daripada melakukan perkara terlarang.
Selain itu, antara cinta terlarang yang semakin hebat diperkatakan pada hari ini ialah cinta sejenis.
Dalam kes ini, dapat dilihat, golongan lelaki hanya berminat menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki manakala kaum wanita bersama wanita.
"Saya mula terjebak dengan cinta sejenis, sejak di sekolah menengah lagi. Walaupun pada ketika itu, saya menuntut di sekolah campuran dan merupakan ketua kumpulan dakwah tetapi akhirnya saya terlibat jua dengan perkara yang berdosa ini.
"Perasaan cinta terhadap lelaki semakin sukar dibendung. Apabila melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, saya mula berani dan melangkah ke tahap yang cukup memalukan. Melakukan seks di luar tabii," jelas seorang pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Zarif yang turut memberitahu bahawa dia pernah melakukan seks di luar tabii berulang kali.
Lama kelamaan Zarif mula sedar percintaan terlarang tersebut tidak dapat menjamin kebahagiaan mahupun mengembangkan zuriat. Lalu dia mengambil keputusan bertunang bagi merawat diri.
Malangnya, ikatan pertunangan terpaksa diputuskan kerana Zarif gagal dan sukar untuk mencintai pasangan berlainan jenis.
Menurut Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Aminah Abdul Rahman, pemodenan era globalisasi dan kehidupan sosial dari Barat, sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup negatif masyarakat tempatan.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di Barat atau hubungan songsang yang tiada batasan semakin ketara dan sukar dibendung.
Situasi tersebut turut mengundang remaja Malaysia berjinak-jinak melakukan perkara yang sama tanpa berfikir secara rasional.
"Remaja berpendapat, melangkah saja ke alam remaja maka diri mereka sudah cukup dewasa dan berfikiran matang. Bermula dari saat itu, mereka akan cuba meniru untuk bertindak dan berlagak seperti orang dewasa.
"Jika keinginan dihalang, mereka mula memberontak, terutamanya hal berkaitan cinta," jelasnya pada Simposium Kekeluargaan di Kolej Universiti Sunway, Selangor baru-baru ini.
Salah faham mengenai pengertian cinta berpunca daripada kurangnya pemahaman dan kasih sayang. Kesannya, ia menjurus individu ke kancah aktiviti yang berlawanan dengan norma-norma positif masyarakat dan perundangan negara.
Sementara itu, pensyarah Norhashimah Abdul Jalil menegaskan, cinta terlarang bukan sahaja melibatkan kes cinta hubungan sejenis.
Malah, ia turut merangkumi sumbang mahram, berkhalwat, bersekedudukan, hubungan seks sebelum kahwin, hamil luar nikah, menggugurkan kandungan, masalah pembuangan bayi, kahwin lari dan pergaulan bebas.
"Keseronokan cinta terlarang hanya sementara. Hakikatnya, ia tidak sama seperti menjalin hubungan cinta dengan cara yang halal.
"Berdasarkan pengalaman saya, disebabkan cinta, kehidupan seseorang itu musnah kerana terpaksa merengkok dalam penjara selama setahun. Semuanya, gara-gara melahirkan anak luar nikah," ujar pensyarah Bahagian Program Matrikulasi Kanada Antarabangsa subjek Pengajian Islamik Malaysia, Moral, Keluarga dan Individu di Kolej Universiti Sunway ini.
Bercerita lanjut mengenai gadis malang tersebut, Hashimah menjelaskan, Amira mula mengenali seks dan bertukar-tukar pasangan ketika berusia 13 tahun. Ketagihan dan pengaruh seks itu berpunca apabila dia mula menonton video lucah bersama saudara-maranya sejak usia enam tahun.
Dek kerana hidup dalam keluarga yang porak peranda, Amira tidak diberi didikan agama dan kasih sayang yang secukupnya. Lantas, Amira lari dari rumah dan tinggal bersama pasangannya.
"Adakah kita mahu situasi sebegini berlaku kepada rakan-rakan atau anak kita sendiri? Sebagai ibu bapa yang prihatin, berikan didikan agama yang secukupnya, sentiasa memanjatkan doa dan bentuk mereka supaya tidak tersasar daripada jalan yang betul.
"Golongan remaja juga perlu bijak memilih kawan dan pasangan agar tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat," nasihat Hashimah.
Dalam menangani kes sebegini, Aminah menyarankan ibu bapa, guru, jiran tetangga dan juga rakan sebaya sentiasa prihatin dengan persekitaran.
komen:
Ternyata pendedahan yang dikemukakan oleh surat khabar kosmo membuka mata masyarakat kita. masih ada di luar sana yang jauh yang menyimpang dari ajaran agama islam. mereka lupa dosa pahala. perkara ini haruslah di tanggung akibat kepesatan dunia yang kian maju ke depan hingga hilang jati diri manusia. sedarlah wahai rakan-rakan. kita hidup di dunia hanya sementara.

3 Remaja Bermasalah

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi... Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...

Tuesday, March 18, 2008

Sajak Kawan

Sekadar renungan kita bersama Suatu cerita penyakit jiwa Bukan sakit kat wad gila Zahir sihat, jiwa merana
Pandanglah teman renungkan bersama Manusia dinilai dari iman dan amalnya.. Minta petunjuk moga tak dipersia Selagi pintu taubat masih terbuka Isikan dada dengan ilmu agama.... Takkan merana dan rasa sengsara... Kerana pasti kembali padaNya.... Kejauhan remang rembulan, dedaun mengusik jendela, mengapa lena tiada menyapaku, sedang malam bertandang sudah, dan embun menyiram tanah. haruman bunga segar mengharum, di halaman kelawar berlegar, mengapa bukan aku itu? marilah malam, temanilah sepiku, saujana alamku terbentang mengapa...........? tiada yang sudi bertamu , halaman ku kosong terbiar, dan haruskah aku bermusafir diri, mencari dalam remang malam......

Aku Orang Huduh


Kejar Cita-Cita atau Cinta




PERTAMA kali mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar di salah sebuah institusi, Ina berjanji kepada kedua-dua orang tuanya untuk memperoleh segulung ijazah.

Sebaik menunaikan solat Subuh dan bersarapan pagi, Ina mengatur langkah bersama rakan sekuliah.

Rakan-rakan sekelas cukup menyenangi Ina kerana dia seorang pelajar yang pintar dan berbakat.

Namun segala-galanya berubah apabila Ina mula mengenali seorang jejaka menerusi perbualan siber. Tempoh perkenalan selama enam bulan di alam maya akhirnya membuahkan putik-putik cinta.

Mereka semakin kerap bertemu dan Ina hilang fokus terhadap pelajaran. Keputusan peperiksaannya juga mengecewakan. Akhirnya, Ina dibuang oleh pihak universiti kerana tiga kali gagal dalam peperiksaan.

Itulah antara situasi yang berlaku dikalangan pelajar. Hanya kerana cinta, cita-cita yang dikejar musnah dalam sekelip mata.

"Sebagai remaja dan pelajar, kita seharusnya bijak mengimbangkan antara pelajaran dan percintaan. Tidak salah untuk bercinta tetapi kita perlu memberi keutamaan kepada perkara yang menjamin masa depan.

"Perlu difahami bahawa cinta boleh membawa kita kebahagiaan dan cinta juga boleh membuatkan kita terjerumus ke lembah yang hina," jelas penuntut ijazah psikologi, Puteri Elfarezza Rigil Wahyu Nugrono, 18 tahun.

Disebabkan cinta, masalah sosial seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merogol, berzina, hamil anak luar nikah, membuang anak dan seterusnya membawa individu ke pertukaran agama, berlaku.

Mengambil kira faktor tersebut, kelab SAHABAT (pelajar Melayu), Universiti Kolej Sunway menganjurkan Simposium Kekeluargaan 1, baru-baru ini.

Simposium yang menyentuh hal berkaitan cinta telah dihadiri seramai 200 pelajar dari beberapa buah institusi pengajian tinggi tempatan.

"Cinta merujuk kepada perasaan suci yang berputik dalam hati. Cinta juga merupakan teras kehidupan, pencetus rindu yang mengukuhkan hubungan sesama manusia.

"Cinta ibarat mati. Apabila tiba masanya, setiap manusia pasti akan meninggalkan dunia. Begitu juga dengan perasaan cinta yang tidak boleh ditolak dan dielakkan," jelas Pengarah Program Simposium Kekeluargaan 1, Universiti Kolej Sunway, Yazilmiwati Yaacob.

Tambah beliau, rasa cinta yang membuak-buak dan kenikmatan cinta itu sendiri, biasanya akan berlaku kepada setiap individu termasuklah golongan muda. Pada peringkat usia ini, remaja beranggapan cinta adalah segala-galanya.

Jika tidak bercinta, mereka rasakan seperti ketinggalan zaman atau 'tidak laku'. Namun, obsesi mengejar cinta telah mendorong golongan pelajar mengabaikan pelajaran.

Kesannya, mereka bukan sahaja gagal dalam pelajaran, malah maruah dan kehormatan diri turut dirampas, sebelum diikat sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Yazilmiwati yang juga pensyarah Pengajian Islam telah membuat satu kajian untuk mengenalpasti tingkah laku remaja bercinta yang melakukan perkara yang bercanggah dengan agama. Ini termasuklah berpegangan tangan, bercium, melakukan hubungan seks, oral seks, berdua-duaan dan menonton wayang.

Kajian yang dikenali sebagai Permasalahan Cinta ini dijalankan terhadap 200 orang remaja berumur antara 13 hingga 21 tahun di sekitar Lembah Klang.

Hasil kajian tersebut menunjukkan, peratusan tingkah laku remaja yang paling tinggi adalah merujuk kepada aktiviti berpegangan tangan sebanyak 70 peratus. Ini diikuti dengan menonton wayang sebanyak 49 peratus.

"Bermula daripada berpegangan tangan maka remaja akan lebih berani untuk melakukan perbuatan seperti bercium dan melakukan hubungan seks.

"Lagipun, kebanyakan kes rogol pada hari ini, berlaku di kalangan pasangan yang sudah mengenali antara satu sama lain atau dikenali sebagai date rape," jelas Yazilmiwati.

Bagaimana dengan kajian berhubung perasaan terhadap kekasih? Jelasnya, sebanyak 58 peratus remaja lebih menyayangi pasangan sepenuh hati berbanding mahu menjadikan kekasih sebagai pasangan hidup, tempat melepaskan kebosanan dan mengikut rakan sebaya bercinta.

Justeru, golongan remaja yang mencintai pasangan sepenuh hati ini sanggup menyerahkan 'harta' yang paling berharga untuk kebahagiaan kekasihnya.

Sepatutnya kata Yazilmiwati, pelajar yang bercinta seharusnya saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

"Dalam erti kata lain, jika pasangan kita belum menunaikan solat, nasihat supaya menunaikan kewajipan tersebut. Sekiranya, pasangan leka dan tidak mengulang kaji pelajaran, pujuk mereka untuk belajar bersama-sama di perpustakaan atau lokasi yang terbuka," nasihat Yazilmiwati.

Faktor-faktor kerosakanKurangnya penghayatan dan didikan agama antara faktor yang menyebabkan para pelajar rosak.

Ini terbukti apabila sebanyak 79 peratus hasil kajian mendapati, remaja tidak membaca al-Quran dan 74 peratus tidak menunaikan solat.

Selain itu, faktor media massa seperti menonton filem lucah, bersembang di internet tentang seks dan melayari laman web seks turut mendorong masalah remaja melakukan hubungan seks tanpa berfikir panjang.

Komen :

Artikel ini di ambil dalam surat khabar kosmo, 18 Mac. Hayatilah artikel ini. apakah matlamat utama kita semasa menjejaki di universiti. tidak salah bercinta tetapi yang penting cita-cita yang harus diutamakan.


Monday, March 17, 2008

Kisah Nurin Jazlin




PENCARIAN adik Nurin Jazlin Jazimin sudah lama berakhir apabila mayat dalam beg yang ditemui suatu ketika dulu disahkan kanak-kanak malang itu yang hilang sejak sebulan lalu. Bukan saja ibu bapa Nurin Jazlin yang bersedih, tetapi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa turut berkabung dengan tragedi yang menimpa kanak-kanak comel itu.

Kematiannya yang dikatakan berpunca daripada penderaan seksual mengembalikan kenangan kepada beberapa kisah kanak-kanak lain yang turut diperkosa sebelum dibunuh dengan kejam. Nama seperti Nurul Huda Abdul Ghani, 10, yang dirogol dan dibunuh oleh pengawal keselamatan pada 2004, dan sebelum itu Ang May Hong (1987), Nushuhada Buruk (2000), Siti Nurliyana Shamimi Rosdi (2002) dan Harirawati pada 2004 tidak mungkin luput dalam ingatan.Tidak perlu menerangkan dengan terperinci bagaimana penderitaan Nurin Jazlin atau mangsa lain sebelum mereka meninggal dunia kerana mengingatinya saja sudah cukup menyakitkan hati dan membuatkan kita menitiskan air mata. Sehingga artikel ini ditulis pembunuhnya masih lagi bebas. Malah, ada beberapa kes rogol dan bunuh yang menemui jalan buntu, antaranya pembunuhan Audrey Melissa Bathinathan pada 18 Mei 1999 berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Kematian Audrey cukup menyedihkan kerana beliau dirogol di kawasan semak hanya beberapa meter dari tempat awam.Mungkinkah sikap enggan ambil peduli masyarakat kerana tidak mahu terbabit punca sebenar mengapa semakin banyak kes jenayah khususnya membabitkan rogol berlaku? Kes rogol seorang pelajar tingkatan enam yang berlaku di bawah jejantas di Jalan Reko ketika mangsa dalam perjalanan ke sebuah pasar raya untuk membeli peralatan peperiksaan pada 8 Oktober 2002, satu contoh terbaik.Kejadian yang lebih menyedihkan setiap kali berlaku tragedi seperti ini, masyarakat berkobar-kobar mengutuknya. Pintu rumah dikunci rapat, anak hendak bermain waiman di depan rumah pasti ditemani, pendek kata setiap langkah si kecil diperhatikan. Pihak sekolah juga beriya-iya memantau pelajar yang sedang menunggu kedatangan bas sekolah atau ibu bapa. Tidak cukup dengan itu, pelbagai pihak tampil dengan cadangan demi cadangan bagi memastikan tragedi hitam yang menimpa mangsa tidak berulang. Malangnya apabila masa berlalu, cadangan hanya tinggal cadangan. Malah, masyarakat juga sudah mula lupa dengan peristiwa hitam itu. Kanak-kanak dibiarkan berjalan sendirian. Pihak sekolah juga mula pandang remeh keselamatan kanak-kanak kerana bagi mereka tamat saja waktu sekolah, kanak-kanak yang menunggu bas sekolah atau ibu bapa bukan lagi di bawah tanggung jawab mereka.Hakikatnya, masyarakat kita mudah lupa. Bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah. Mungkin ketika ini pembunuh Nurin Jazlin dan kanak-kanak lain sedang ketawa riang kerana tidak ditangkap. Di dunia anda lepas, tetapi tidak di akhirat sana Kepada Jazimin Abdul Jalil dan isteri serta semua keluarga mangsa rogol, tabahkan hati. Kita turut bersedih, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Al Fatihah untuk adik Nurin Jazlinr yang berlaku pada siang hari, iaitu kira-kira jam 2.35 petang, tetapi tiada siapa tampil membantu meskipun mangsa dikatakan menjerit apabila dihumban dari atas jejantas sebelum perogolnya turun dan melakukan jenayah tersebut.


Mari Kita Renung Bersama


Semua rakyat Malaysia bersedih dengan berita yang menyayat hati ini. seorang kanak-kanak kecil yang masih jauh lagi perjalanan hidupnya akhirnya pergi buat selamanya. Semua masyarakat kita marah, geram dengan jenayah keji ini. sehingga kini penjenayah itu masih bebas. Apa yang dapat kita lakukan, semakin hari kes-kes seumpama ini kian menjadi. Ramai kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa rakus manusia yang tidak kenal dosa pahala. kisah Nurin ini haruslah dijadikan teladan buat kita semua. kanak-kanak kecil tidak seharusnya dibiarkan keseorangan. orang yang lebih dewasa perlu lah sentiasa memerhati kanak-kanak ini supaya perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga Keluarga Nurin tabah menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah.

Resepi Kejayaan Azali Azlan

"AKAL yang cerdik itu terletak pada perut yang lapar." Begitu pesan seorang ustazah yang menjadi ingatan buat pelajar yang mencipta rekod cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan, 18

Malah, pelajar yang memperoleh 20 1A dan 1 2A itu mengakui berpuasa sepanjang musim peperiksaan adalah tradisi keluarganya.
Pencapaiannya memang menakjubkan dan sukar dibayangkan bagaimana pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu mengulang kaji setiap mata pelajaran yang diambil dan tekanan yang dihadapinya.

Renungan Bersama

"Akal yang sihat daripada badan yang sihat". Jika kita lihat, remaja ini sama seperti remaja lain. Malah dia sendiri mengakui dia bukan seorang ulat buku. Akal yang sihat daripada badan yang sihat adalah kata-kata yang bertepatan dengan apa yang ada pada diri Azali. Dia mengakui dia juga bersukan. Dia juga mengambil makanan tambahan mengikut cara islam iaitu kurma, susu dan madu ketika musim peperiksaan. Jadi marilah kita sama-sama renungkan. remaja ini bukanlah seorang yang luar biasa. bukan seorang yang benar-benar genius. Tetapi kenapa dia boleh mencapai kejayaan ini. cuba anda renungkan bersama-sama. Adakah kita tidak boleh menjadi sepertinya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kita semua pun boleh jadi seperti Azali andai kita ada sifat atau kegigihan sepertinya. Jika minda kita sihat, badan kita sihat, Insyaallah Akal kita dapat menerima apa yang kita pelajari. Ucapan tahniah buat adik Azali Azlan kerana kejayaan dalam SPM.

Kedamaian datang apabila hati tenang