Monday, March 17, 2008

Kisah Nurin Jazlin




PENCARIAN adik Nurin Jazlin Jazimin sudah lama berakhir apabila mayat dalam beg yang ditemui suatu ketika dulu disahkan kanak-kanak malang itu yang hilang sejak sebulan lalu. Bukan saja ibu bapa Nurin Jazlin yang bersedih, tetapi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa turut berkabung dengan tragedi yang menimpa kanak-kanak comel itu.

Kematiannya yang dikatakan berpunca daripada penderaan seksual mengembalikan kenangan kepada beberapa kisah kanak-kanak lain yang turut diperkosa sebelum dibunuh dengan kejam. Nama seperti Nurul Huda Abdul Ghani, 10, yang dirogol dan dibunuh oleh pengawal keselamatan pada 2004, dan sebelum itu Ang May Hong (1987), Nushuhada Buruk (2000), Siti Nurliyana Shamimi Rosdi (2002) dan Harirawati pada 2004 tidak mungkin luput dalam ingatan.Tidak perlu menerangkan dengan terperinci bagaimana penderitaan Nurin Jazlin atau mangsa lain sebelum mereka meninggal dunia kerana mengingatinya saja sudah cukup menyakitkan hati dan membuatkan kita menitiskan air mata. Sehingga artikel ini ditulis pembunuhnya masih lagi bebas. Malah, ada beberapa kes rogol dan bunuh yang menemui jalan buntu, antaranya pembunuhan Audrey Melissa Bathinathan pada 18 Mei 1999 berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Kematian Audrey cukup menyedihkan kerana beliau dirogol di kawasan semak hanya beberapa meter dari tempat awam.Mungkinkah sikap enggan ambil peduli masyarakat kerana tidak mahu terbabit punca sebenar mengapa semakin banyak kes jenayah khususnya membabitkan rogol berlaku? Kes rogol seorang pelajar tingkatan enam yang berlaku di bawah jejantas di Jalan Reko ketika mangsa dalam perjalanan ke sebuah pasar raya untuk membeli peralatan peperiksaan pada 8 Oktober 2002, satu contoh terbaik.Kejadian yang lebih menyedihkan setiap kali berlaku tragedi seperti ini, masyarakat berkobar-kobar mengutuknya. Pintu rumah dikunci rapat, anak hendak bermain waiman di depan rumah pasti ditemani, pendek kata setiap langkah si kecil diperhatikan. Pihak sekolah juga beriya-iya memantau pelajar yang sedang menunggu kedatangan bas sekolah atau ibu bapa. Tidak cukup dengan itu, pelbagai pihak tampil dengan cadangan demi cadangan bagi memastikan tragedi hitam yang menimpa mangsa tidak berulang. Malangnya apabila masa berlalu, cadangan hanya tinggal cadangan. Malah, masyarakat juga sudah mula lupa dengan peristiwa hitam itu. Kanak-kanak dibiarkan berjalan sendirian. Pihak sekolah juga mula pandang remeh keselamatan kanak-kanak kerana bagi mereka tamat saja waktu sekolah, kanak-kanak yang menunggu bas sekolah atau ibu bapa bukan lagi di bawah tanggung jawab mereka.Hakikatnya, masyarakat kita mudah lupa. Bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah. Mungkin ketika ini pembunuh Nurin Jazlin dan kanak-kanak lain sedang ketawa riang kerana tidak ditangkap. Di dunia anda lepas, tetapi tidak di akhirat sana Kepada Jazimin Abdul Jalil dan isteri serta semua keluarga mangsa rogol, tabahkan hati. Kita turut bersedih, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Al Fatihah untuk adik Nurin Jazlinr yang berlaku pada siang hari, iaitu kira-kira jam 2.35 petang, tetapi tiada siapa tampil membantu meskipun mangsa dikatakan menjerit apabila dihumban dari atas jejantas sebelum perogolnya turun dan melakukan jenayah tersebut.


Mari Kita Renung Bersama


Semua rakyat Malaysia bersedih dengan berita yang menyayat hati ini. seorang kanak-kanak kecil yang masih jauh lagi perjalanan hidupnya akhirnya pergi buat selamanya. Semua masyarakat kita marah, geram dengan jenayah keji ini. sehingga kini penjenayah itu masih bebas. Apa yang dapat kita lakukan, semakin hari kes-kes seumpama ini kian menjadi. Ramai kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa rakus manusia yang tidak kenal dosa pahala. kisah Nurin ini haruslah dijadikan teladan buat kita semua. kanak-kanak kecil tidak seharusnya dibiarkan keseorangan. orang yang lebih dewasa perlu lah sentiasa memerhati kanak-kanak ini supaya perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga Keluarga Nurin tabah menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah.

No comments:

Kedamaian datang apabila hati tenang