Wednesday, April 1, 2009

Sejarah April Fool Day

Kedatangan bulan April ini mungkin ramai daripada kita yang turut serta menyambut Apri Fool' Day. Namun sedarkah kita disebali sejarah sambutan ini. Mungkin ada dalam kalangan kita hanya ingin bersuka-suka namun awas kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan akidah kita. Bagi yang pernah menyambutnya dan terniat untuk melakukan April Fool' Day cuba kita selami sejarahnya dahulu agar jadi pedoman kita semua.
Perayaan April Fool’s Day ini mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam mereka sendiri.
Setelah mengetahui perkara ini adakah kita masih sanggup untuk merayakannya. Dahulu sebelum saya tahu perkara ini saya pun pernah menyambutnya tetapi setelah mengetahui hal ini dah tak jahil lagi. Moga kita semua beroleh kemaafan. Sebarkanlah kepada rakan-rakan yang masih ingin menyambutnya.

No comments:

Kedamaian datang apabila hati tenang