Monday, June 8, 2009

BI syarat wajib lulus SPM?

Isu PPSMI makin hangat diperkatakan hingga ada desas desus untuk mewajibkan pula bahasa Inggeris menjadi syarat wajib lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sasterawan ulung Inggeris William Shakespeare pernah berkata: “to be or not to be, that is the question”.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, petikan pujangga itu bermain di fikiran apabila merujuk kepada sama ada bahasa Inggeris patut dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). kenyataan ini saya ambil daripada Bernama mengenai cadangan terbaru berkaitan bahasa Inggeris.
Beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.
“Dengan itu, saya tidak fikir ia (tidak menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus) memenuhi tujuan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.
Dalam soal ini memang ada kebenarannya apabila umum sedia maklum kebanyakan pelajar luar bandar lemah penguasaan dalam bahasa Inggeris. Isu PPSMI masih belum reda timbul isu lain pula yang akan menjejaskan sistem pendidikan negara kita. Bagi saya sesuatu tindakan yang ingin dilakukan biarlah relevan dan mengambil kira semua aspek. Jangan hanya melihat dari sudut yang satu tetapi lihatlah sudut lain dan fikirkan kesannya jika ia dilaksanakan. Cukuplah kita korbankan dengan dasar PPSMI janganlah ditambah bebanan baru yang akan terus melemahkan negara kita sebenarnya. Sebabnya pelajar akan mula bosan dan kurang minat belajar terutamanya pelajar Melayu dan akhirnya kita kekurangan cerdik pandai yang memacu kemajuan negara.
Pendapat Tan Sri yang berkata, untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan disetujui oleh saya. Idea ini lebih berkesan kerana mereka yang benar-benar layak mengajar dalam bahasa ini sahaja lebih sesuai mengajar pelajar. Mereka akan tahu bagaimana untuk berdepan dengan pelajar dan seterusnya menggunakan kepakaran sedia ada untuk menarik minat pelajar mendalami bahasa Inggeris. Ini lebih bagus daripada mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris yang kebanyakan gurunya sendiri kurang mahir bertutur bahasa Inggeris. Bagaimana pelajar ingin mengikutinya sedangkan kemahiran berbahasa Inggeris guru itu sendiri belum mencapai tahap yang sebenarnya.

3 comments:

oney_chan9 said...

Hairan...siapa punya idea untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM ni? Tak ada ke yang nak cadang wajib lulus Pendidikan Islam? To be or not to be a soleh son/daughter is in our leaders hand.

darfis said...

Biasala mereka ini buat dasar tidak memikirkan kepentingan orang ramai. Dasar ikut syok sendiri. Harap tak terjadi la dasar ni kalau tidak akan semakin terpinggir bahasa Melayu

awang kata said...

Kerajaan tak perlu susah-susah kalau nak martabatkan sangat bahasa Inggeris.

Tukarkan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris selesai kes.

Lagu Negaraku pun kalau perlu tukar kepada bahasa Inggeris. Tentu saja tak beri apa-apa dan 'kita masih Melayu'.

Kata Mahathir.

Kedamaian datang apabila hati tenang